Wednesday 18 May 2011

Kurma

Kurma adalah sejenis buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Kurma nama saintifiknya  phoenix dactylifera berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit. Buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.
Hal ini berasakan wahyu yang diturunkan Allah kepada ibu Nabi Isa iaitu Saidatina Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah hendak bersalin.


"Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu , supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak . Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan" ( Surah Maryam ayat 25 )


Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong.Kajian oleh Prof.Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat”.
Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.